Tuesday, 25 December 2018

Chocolate chocolate chip muffins



i love these muffins. Very chocolatey and very addictive. It is advisable to use good quality cocoa powder. 

I used the recipe from 
Nigella's choc CHocolate chip muffins

good luck

Zubs

Sunday, 20 November 2016

Chocolate Chip Brownies




I have made these yesterday and it was sooooo yummy. For my preference of course. Not too sweet and just nice for my taste bud.

Chocolate chips Brownies

115g of butter (a good butter and no buttercup please)
150g / 1 1/4 cup of plain flour
115g / 4oz of semisweet baking chocolate
200g / 1 cup of caster sugar
1 teaspoon of vanilla essence
3 eggs
175g / 1 cup of chocolate chips
*u may reduce the chips to 1/2 cup if you want to add in 3/4 cup of chopped walnuts or chopped almonds
1/2 teaspoon of salt

Let's Go!

1) Melt the butter and the chocolate together using the double boiling method.
2) In another mixing bowl, whisk in together the eggs, sugar, vanilla and salt.
3) Fold in the chocolate mixture.
4) Mix in the flour(sifted) and whisk it all together.
5) Add in the chocolate chips and you are ready to bake it at 180 degrees Celsius for 30 mins. 

Happy trying!! 





Tuesday, 21 June 2016

Aglio Olio Udang



Versi Melayu >_<

Bahan bahannya:

Satu paket pasta spaggetti (Saya menggunakan San Remo pasal quantiti dia banyak. Rebuskan dengan cara yang tentera di belakang bungkusannya) Bila sudah direbus, toskan hingga kering. 

6 sudu makan minyak zaitun 

10 ulas bawang putih ('chop' hingga halus sedikit)

1 1/2 cawan air 

1 sudu makan serbuk ayam knorr

1/2 kilo udang

6 batang cili padi yang dihiris. (kalau nak lagi pedas, tambahkan lagi.) 

Sedikit lada hitam 

Garam secukup rasa.

Cara-caranya:

Panaskan minyak zaitun dan masukkan bawang putih dan cili padi

Tumiskan hingga wangi. 

Masukkan udang dan masak sehingga warna udang bertukar 'pale' oren gitu.

Selepas itu, masukkan  mee spaggetti dan gaulkan. 

Gaulkan air bersama serbuk ayam dan masukkan ke dalam mee spaggetti sedikit demi sedikit. 

Bila air rebusan sudah kering, masukkan sedikit garam. Rasa masakkan dan kalau kurang rasanya, tambahkan sedikit serbuk ayam hingga secukup rasa. 

Tambahkan sedikit lada hitam kalau anda suka.

Boleh dihidangkan segera dengan hirisan parmesan ataupun tidak. 

Selamat mencuba!!!


Mee Goreng Mamak




I have been using this recipe since 2006 and i have no intention to discard it from my memory. 

Speaking lah pulak kan. Jadi bahan bahannya adalah

Untuk 1.5kg mee kuning:

3 sudu besar cili boh 
atau pun kisar dalam 20 tangkai cili kering yang sudah direndam dalam air panas dan ambil 2 atau 3 sudu besar. Jika nak pedas, boleh ditambah  sukatannya. 

2 bawang besar - dihiris 

1/2 kilo daging lembu (direbus hingga empuk dan potong mengikut size kesukaan anda)

2 sudu besar sos tiram

2 atau 3 sudu besar sos tomato

3 sudu besar kicap manis pekat ABC 

2 ketul telur

2 sudu besar gula

garam secukup rasa

minyak 

Cara caranya:

Panaskan dalam 2 sudu makan minyak masak. 

Tumis 1/2 dari hirisan bawang besar dan bila sudah wangi, masukkan cili boh atau cili yang sudah dikisar itu. 

Tambahkan gula dan garam.

Bila da masak, alihkan ke pinggan kecil. 

Dalam kuali yang sama, tambahkan dua sudu makan minyak masak dan tumiskan hirisan bawang yang lagi 1/2 itu hingga wangi. 

Masukkan daging yang sudah dipotong  dan masak dalam 1-2 minit sebelum dimasukkan mee kuning. 

Selepas masukkan mee kuning, tambahlah sos-sos berikut dan gaul hingga rata. 

Tambahkan cili yang sudah ditumis dahulu dan gaul. 

Bila sudah rata, buatkan satu bulatan kosong ditengah-tengah mee kuning itu. Tambahkan sedikit minyak dan letakkan telur yang sudah dipukul dahulu. 

Biarkan telur itu masak sedikit dan pecah-pecahkan sedikit bentuk telur dadar itu. 

Gaul hingga rata dan rasa kalau ada yang kurang. Kalau kurang, tambahlah apa yang patut. 


Selamat mencuba!!!

Tuesday, 8 December 2015

Buttermilk Ayam

Lain kali jer lah eh share cara cara membuatnya.. 

Saya menggunakan resepi dari Sheila Rusly FB. 

Sedap... 

Saturday, 17 October 2015

Udang Mentega dengan serunding telur



Udang Mentega Dengan Serunding Telur

Resepi dari suami saya.. hehehe

Bahan bahannya

1 kilo udang kelabu (size yang sedang) - jangan dibuang kulitnya. 

4 sudu besar tepung jagung

daun kari - 3 tangkai atau lebih. terpulang pada anda

5 lima biji cili padi (kalau tak suka pedas, letak dalam dua atau tiga) - dihiris 

1/2 cawan susu segar

2 sudu kecil gula

garam dan serbuk lada hitam

2 sudu makan butter/majerin

untuk menyediakan udang;

Bersih dan keringkan dengan tuala kertas. Gaulkan udang bersama sedikit garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Gaulkan udang dengan tepung jagung. 

Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak sayur. Gorengkan udang sehingga kekuning kuningan. Tapis dengan tuala kertas

Untuk menyediakan serunding telur, panaskan 3 sudu makan butter bersama 2 sudu makan minyak masak sayur. Masukkan 3 biji telur kuning yang telah dipukul secara perlahan dan dalam aliran nipis. 
Gaulkan telur dan biarkan dia berselerak. Bila sudah kekuning kuningan, angkat dan letakkan kat atas tuala kertas. 

Panaskan kuali dan masukkan 2 sudu butter. 

Masukkan cili padi dan daun kari. Gaul sampai wangi. 

Masukkan susu segar  dan masak sehingga berbuih dan hingga air kekurangan. 

Masukkan udang and gaulkan sehingga sebati. 

Masukkan serunding telur dan masukkan gula dan sedikit garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.  

Gaulkan sehingga sebati dan angkat. 












Tuesday, 29 September 2015

Sambal ikan pari bakar




Sambal Ikan Pari Bakar

Bahan-bahannya:

1 kilo ikan pari yang telah dipotong dalam beberapa bahagian / 2 ekor ikan pari yang kecil

3 sudu makan gula perang

3 sudu makan gula pasir (boleh dikurangkan atau dilebihkan. terpulang pada citarasa anda)

2 sudu makan asam jawa

2 cawan air suam

beberapa tangkai lidi yang pendek. (direndam dalam air)

Bahan bahan untuk diblend:

2 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inch halia

2 batang serai (diambil yang putih sahaja)

20 tangkai cili kering - diletakkan dalam mangkuk kecil yang diisi air panas selepas digunting dua belah.  (bole tambah lebih cili kalau nak lagi pedas)

2 sudu kecil belacan


Cara cara untuk menyediakannya:

basuh ikan pari dan perapkan ikan pari bersama jus limau dan garam untuk menghilangkan bau ikan. Perap dalam masa 10-15 minit. 

Ambil satu mangkuk bersih, campurkan asam jawa dengan air suam. Bila sudah sebati,tapis air dia dan buang semua biji biji yang ada. 


Panaskan kuali dan minyak dan masukkan bahan bahan yang telah dikisar itu


Lepas 5 minit, sila masukkan air asam, gula, sedikit garam secukupnya. Rasa masin ndan manisnya. Masak sehingga kuahnya sedikit pekat.

Anda boleh menggunakan aluminium foil atau daun pisang. 

Larutkan saus 'layer' yang pertama dan letakkan ikan  pari diatasnya. Selepas itu, sapukan saus di atas ikan pari itu. Biar semua bahagian ikan itu disaluti saus itu. Selepas itu, cocok dan tutup aluminium foil atau daun pisang anda dengan lidi yang kecil.  

Jika anda menggunakan ketuhar - panaskan ketuhar pada suhu 220 darjah celcius.

a) Bakar satu bahagian atas selama lima belas minit dan ketika dalam minit ke sepuluh, tuangkan sedikit saus sambal ke atas ikan pari itu.

 selepas lima belas minit, terbalikkan bahagian ikan itu ikut cara a) lagi.

Jika anda menggunakan arang, bakar seperti biasa selama 10 minit bergantung kepada ketebalan isi ikan pari anda. 

Apabila sudah masak, bolehlah dihiaskan dengan limau kasturi.