I have been using this recipe since 2006 and i have no intention to discard it from my memory.
Speaking lah pulak kan. Jadi bahan bahannya adalah
Untuk 1.5kg mee kuning:
3 sudu besar cili boh
atau pun kisar dalam 20 tangkai cili kering yang sudah direndam dalam air panas dan ambil 2 atau 3 sudu besar. Jika nak pedas, boleh ditambah sukatannya.
2 bawang besar - dihiris
1/2 kilo daging lembu (direbus hingga empuk dan potong mengikut size kesukaan anda)
2 sudu besar sos tiram
2 atau 3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap manis pekat ABC
2 ketul telur
2 sudu besar gula
garam secukup rasa
minyak
Cara caranya:
Panaskan dalam 2 sudu makan minyak masak.
Tumis 1/2 dari hirisan bawang besar dan bila sudah wangi, masukkan cili boh atau cili yang sudah dikisar itu.
Tambahkan gula dan garam.
Bila da masak, alihkan ke pinggan kecil.
Dalam kuali yang sama, tambahkan dua sudu makan minyak masak dan tumiskan hirisan bawang yang lagi 1/2 itu hingga wangi.
Masukkan daging yang sudah dipotong dan masak dalam 1-2 minit sebelum dimasukkan mee kuning.
Selepas masukkan mee kuning, tambahlah sos-sos berikut dan gaul hingga rata.
Tambahkan cili yang sudah ditumis dahulu dan gaul.
Bila sudah rata, buatkan satu bulatan kosong ditengah-tengah mee kuning itu. Tambahkan sedikit minyak dan letakkan telur yang sudah dipukul dahulu.
Biarkan telur itu masak sedikit dan pecah-pecahkan sedikit bentuk telur dadar itu.
Gaul hingga rata dan rasa kalau ada yang kurang. Kalau kurang, tambahlah apa yang patut.
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment