Versi Melayu >_<
Bahan bahannya:
Satu paket pasta spaggetti (Saya menggunakan San Remo pasal quantiti dia banyak. Rebuskan dengan cara yang tentera di belakang bungkusannya) Bila sudah direbus, toskan hingga kering.
6 sudu makan minyak zaitun
10 ulas bawang putih ('chop' hingga halus sedikit)
1 1/2 cawan air
1 sudu makan serbuk ayam knorr
1/2 kilo udang
6 batang cili padi yang dihiris. (kalau nak lagi pedas, tambahkan lagi.)
Sedikit lada hitam
Garam secukup rasa.
Cara-caranya:
Panaskan minyak zaitun dan masukkan bawang putih dan cili padi
Tumiskan hingga wangi.
Masukkan udang dan masak sehingga warna udang bertukar 'pale' oren gitu.
Selepas itu, masukkan mee spaggetti dan gaulkan.
Gaulkan air bersama serbuk ayam dan masukkan ke dalam mee spaggetti sedikit demi sedikit.
Bila air rebusan sudah kering, masukkan sedikit garam. Rasa masakkan dan kalau kurang rasanya, tambahkan sedikit serbuk ayam hingga secukup rasa.
Tambahkan sedikit lada hitam kalau anda suka.
Boleh dihidangkan segera dengan hirisan parmesan ataupun tidak.
Selamat mencuba!!!