Tuesday, 29 September 2015

Sambal ikan pari bakar




Sambal Ikan Pari Bakar

Bahan-bahannya:

1 kilo ikan pari yang telah dipotong dalam beberapa bahagian / 2 ekor ikan pari yang kecil

3 sudu makan gula perang

3 sudu makan gula pasir (boleh dikurangkan atau dilebihkan. terpulang pada citarasa anda)

2 sudu makan asam jawa

2 cawan air suam

beberapa tangkai lidi yang pendek. (direndam dalam air)

Bahan bahan untuk diblend:

2 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inch halia

2 batang serai (diambil yang putih sahaja)

20 tangkai cili kering - diletakkan dalam mangkuk kecil yang diisi air panas selepas digunting dua belah.  (bole tambah lebih cili kalau nak lagi pedas)

2 sudu kecil belacan


Cara cara untuk menyediakannya:

basuh ikan pari dan perapkan ikan pari bersama jus limau dan garam untuk menghilangkan bau ikan. Perap dalam masa 10-15 minit. 

Ambil satu mangkuk bersih, campurkan asam jawa dengan air suam. Bila sudah sebati,tapis air dia dan buang semua biji biji yang ada. 


Panaskan kuali dan minyak dan masukkan bahan bahan yang telah dikisar itu


Lepas 5 minit, sila masukkan air asam, gula, sedikit garam secukupnya. Rasa masin ndan manisnya. Masak sehingga kuahnya sedikit pekat.

Anda boleh menggunakan aluminium foil atau daun pisang. 

Larutkan saus 'layer' yang pertama dan letakkan ikan  pari diatasnya. Selepas itu, sapukan saus di atas ikan pari itu. Biar semua bahagian ikan itu disaluti saus itu. Selepas itu, cocok dan tutup aluminium foil atau daun pisang anda dengan lidi yang kecil.  

Jika anda menggunakan ketuhar - panaskan ketuhar pada suhu 220 darjah celcius.

a) Bakar satu bahagian atas selama lima belas minit dan ketika dalam minit ke sepuluh, tuangkan sedikit saus sambal ke atas ikan pari itu.

 selepas lima belas minit, terbalikkan bahagian ikan itu ikut cara a) lagi.

Jika anda menggunakan arang, bakar seperti biasa selama 10 minit bergantung kepada ketebalan isi ikan pari anda. 

Apabila sudah masak, bolehlah dihiaskan dengan limau kasturi. 













Sunday, 27 September 2015

Sambal tumis udang




Sambal Tumis Udang

Dalam bahasa inggris, resepi ini "is a keeper"



Bahan bahannya:

300 gram udang yang sedang (saya tidak membuang kulit udang cuma kepala udang sahaja)

15 gram asam jawa (diambil 1 cawan air asam)

2 camca besar gula pasir - ikut citarasa anda..kalau kurang manis, silakan tambah

2 labu bawang besar ( dipotong bulat)

1/2 cawan minyak masak

garam secukup rasa

kalau anda suka, letak 1/4 sudu teh serbuk perasa (saya tidak letak pasal nanti saya ada alahan dengan msg)

Bahan untuk dikisar:
30 tangkai cili kering

10 biji bawang merah

1 ulas bawang putih

3cm belacan

Cara cara Menyediakannya:

Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan garing. Masukkan air asam, gula, garam dan serbuk perasa(kalau mahu).
Kecilkan hati.

Apabila terbit minyak, masukkan udanfg dan biarkan selama 5-10 minit baru dimasukkan bawang besar yang telah dipotong bulat.

Biarkan selama 2-3 minit barulah diangkat. 



NOTA: Saya selalu masak 1kilo udang jadi anda boleh 'double'kan bahan bahan seperti asam, air, gula pasir dan serbuk perasa..Ikut suka citarasa anda.. 
Bahan untuk dikisar, anda tak payah nak double kan tetapi kalau anda suka pedas pedas, tambahkanlah cili kering itu... 


Resepi Ayam Madu BBQ




Ayam Madu BBQ

2kg kepak ayam

3 ulas bawang besar

5 ulas bawang putih

3 inci halia

30 tangkai cili kering (gunting dan direndam dalam air panas sebelum dikisar)

500 gram madu 

1/2 cawan kicap manis pekat - ikut citarasa anda. mulakan degan 3 sudu. kalau tak manis, silakan tambah
( saya menggunakan Kicap ABC pasal ada gula perang dalam saus tu jadi tak payah letak gula dalam resepi ini)

2 sudu makan sos tiram

3 sudu makan sos cili 


1 sudu teh ketumbar (disangai)

1 sudu teh jintan manis (disangai)

1 sudu teh jintan putih  (disangai)


Cara Cara menyediakannya 


Ketumbar, jintan manis dan putih disangai tanpa minyak. 

Kisarkan semua bawang, halia bersama cili yang telah direndam dengan air panas sampai lumat. 

Gaulkan bahan kisar bersama ayam kepak dan campurkan sekali kicap pekat, sos tiram dan sos cili. Letakkan garam secukup rasa. Letaklah bahan bahan yang telah disangai itu. 

Rasa pedas, manis dan masinnya mengikut citarasa anda. 

Perap untuk dua jam tetapi lagi enak jika diperap semalaman. 




Bakar sehingga masak

ataupun jika anda ingin menggunakan oven,

Panaskan ketuhar anda pada suhu 200 darjah celsius

Bakar sehingga 20 - 30 minit atau hingga sudah masak. 

Dalam masa lima belas minit itu, renjis renjis sedikit saus madu bbq tu dengan serai yang telah dilenyekkan pada bahagian putih. 

Renjis renjiskan pada bahagian atas ayam dan selepas lima belas minit, terbalikkan ayam dan renjis sekali lagi dan bakar hingga masak. 

saya menggunakan function oven seperti dibawah ini. 


Selamat mencuba

Friday, 25 September 2015

Ayam Masak Ros


jResepi dari buku memasak Puan Asiah Samsudin, Rampaian Sempadan

Bahan bahannya:

1 ekor ayam (1.5 kg)
1 biji kelapa - ambil 1 mangkuk santan, 3 camca besar dibuat kerisik (Saya gunakan satu tin susu sejat)
20 tangkai cili kering
1 batang serai
1 camca besar lengkuas
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 camca teh jintan putih
1 tin kecil tomato puri (Saya gunakan 2 tin kecil pasal saya suka rasa masam masam)
1/2 cawan minyak
1 camca besar kunyit
garam dan gula secukup rasa

  1. Potong ayam ikut suka can bersihkan. Gaulkan dengan garam dan kunyit. Tumbuk halus cili kering, bawang putih dan bawang merah, serai, lengkuas dan jintan putih. 
  2. Panaskan minyak, goreng ayam setengah masak. Kemudian tumis bahan yang ditumbuk tadi dengan 2 senduk minyak hingga wangi dan garing. Masukkan santan dan tomato puri, kerisik, gula, garam dan ayam. Masak dengan api perlahan. Apabila kuahnya agak pekat dan cukup rasa barulah diangkat. Ketika menghidang, taburkan bawang goreng.









Biskut chocolate chip

Chocolate Chip Cookies







Lima tahun saya menggunakan resepi untuk setiap hari raya atau bila bila masa sahaja. Dari satu buku resepi yang saya sudah tak tahu mana saya simpan. Mujur saya buat salinan pasal saya ni pelupa. >_<  Tapi buku ini dicetakkan dalam bahasa English jadi saya akan cuba menterjemahkan dalam bahasa melayu. 

Bahan-bahannya:

115 g /   1/2 cawan   butter (suhu bilik)
45 g /  1/4 cawan  gula kastor
100 g  /  1/2 cawan gula perang
1 telur
5 ml /   1 sudu teh esen vanilla
175 g /  1 1/2 cawan tepung gandum
2.5ml  /  1/2 sudu teh serbuk penaik
1.5ml /  1/4 sudu teh garam
175 g / 1 cup chocolate chips
50 g / 1/3 cup walnut, chopped..


Cara cara untuk menyediakannya:

  1. Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius. Sapukan sedikit minyak atau butter di atas baking sheets atau tempat pembakar. Menggunakan pengadun elektrik (electric mixer), campurkan mentega dan kedua dua gula bersama sama hingga kembang.
  2. Dalam bekas yang lain, campurkan telur dan esen vanilla dan baru masukkan ke dalam campuran mentega secara beransur- ansur. Tapiskan tepung gandum, serbuk penaik dan garam ke dalam campuran mentega dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan walnut and gaul sampai rata. 
  3. Cetak dalam apa size yang anda mahu tetapi jangan terlalu besar. Gunakan sudu dan jarakkan 5cm. Bakar cookies dalam masa 10 hingga 15 minit atau bila da nampak 'golden brown' sedikit. 
Selamat Mencuba!!

Nota: kalau menggunakan cawan untuk menimbang, gunakan cawan yang sama untuk resipi ini. Ada cawan menimbang yang untuk liquid and dry in one. 

Thursday, 24 September 2015

Ayam Madu Bijan








Untuk resepi ini, saya menggunakan bahagian 'thigh' atau peha ayam. Tetapi anda boleh menggunakan dada ayam seperti di restoran-restoran di luar sana. 

Untuk menyediakan ayam:


  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 cawan air
  • 500 gram dada ayam (dipotong dadu)

Untuk menyediakan saus madu:

  • 1/2 cawan madu 
  • 3 sudu besar kicap masin
  • 1/4 sudu teh minyak bijian 
  • 1 sudu besar cuka beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar air
  • minyak untuk menggoreng
  • biji bijan yang telah dibakar atau toast
Cara cara untuk menyediakannya:

  1. Dalam satu mangkuk atau bekas yang besar, gaulkan tepung gandum, tepung jagung, garam dan air sampai rata.
  2. Panaskan minyak dan salutkan dada ayam yang telah dipotong dadu bersama campuran tepung. Bila minyak sudah panas, gorengkan ayam hingga kekuning-kuningan. Selepas sudah kekuning kuning, letakkan ayam di atas kitchen towel untuk menapis minyak yang berlebihan.
  3. Dalam periuk besar dengan api yang sederhana, gaulkan madu bersama minyak bijan, kicap masin dan cuka beras. 
  4. Dalam mangkuk yang kecik, campurkan air dan tepung jagung bersama dan apabila campuran madu itu sudah mendidih, perlahankan api dan masukkan campuran tepung gandum dan masak sampai saus menjadi pekat. 
  5. Apabila saus sudah pekat, masukkan dada ayam yang sudah digoreng tadi dan salut sampai rata. 
  6. Angkat dan hiaskan bersama biji bijan yang telah dibakar. 
nota: halal cuka beras atau 'rice vinegar' boleh didapati di NTUC.  



Sambal Goreng Pengantin




Sambal Goreng Pengantin
Resepi dari buku resepi Rampairasa Selatan dari Puan Asiah Samsudin


Saya tidak mengunakan udang, hati lembu dan serbuk perasa dalam 'version' saya kerana saya tidak berapa suka rasa dia. Tapi 'you guys' boleh bubuh udang dan hati lembu sepertimana tertulis dalam resepi yang asli tersebut. Selamat mencuba!!  

Nota: Buku resepi ni, saya simpan macam berlian pasal susah nak cari buku vintage. Terima Kasih Arwah Mak Mentua saya..


Resipi berikut:

300g daging lembu
250g hati lembu
300g udang yang sedang
500g bawang merah (dihiris)
10 ulas bawang putih (dihiris)
20 tangkai cili kering - digunting halus dan buang biji
15 biji cili merah - dihiris halus
10 cm belacan dan 50 gram asam jawa - diramas dengan 1 1/2 cawan air
2 biji kelapa - diambil 500 ml santan
1 batang serai (dititik)
2 cm lengkuas ( dititik)
4 camca besar gula pasir
1/4 camca teh serbuk perasa
1 botol (1kg) minyak masak
garam secukup rasa

  1. Rebus daging hingga empuk dan potong dadu kecil
  2. Potongdadu kecil hati, buang kulit udang dan bersihkan.
  3. Panaskan minyak, goreng bawang hingga kuning dan angkat. Kemudian goreng bawang putih hingga kuning dan angkat. Goreng hati, daging dan udang berasingan hingga masak dan angkat.
  4. Panaskan 1/4 cawan minyak baki menggorengkan tadi dan masukkan santan, air asam dan belacan serta garam. Biarkan mendidih hingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan semua bahan yang digoreng tadi, berseta cii kering, cili merah dan sebahagian bawang goreng.
  6. Kacau hingga rata dan masukkan gula. Biarkan selama 10 minit, apabila telah cukup pekat dan agak kering barulah dimatikan api. Masukkan bawang goreng yang selebihnya tadi dan kacau rata. 


Masa penyediaan : 35 minit
Masa memasak: 1 jam
Hidangan: 10 orang