Lima tahun saya menggunakan resepi untuk setiap hari raya atau bila bila masa sahaja. Dari satu buku resepi yang saya sudah tak tahu mana saya simpan. Mujur saya buat salinan pasal saya ni pelupa. >_< Tapi buku ini dicetakkan dalam bahasa English jadi saya akan cuba menterjemahkan dalam bahasa melayu.
Bahan-bahannya:
115 g / 1/2 cawan butter (suhu bilik)
45 g / 1/4 cawan gula kastor
100 g / 1/2 cawan gula perang
1 telur
5 ml / 1 sudu teh esen vanilla
175 g / 1 1/2 cawan tepung gandum
2.5ml / 1/2 sudu teh serbuk penaik
1.5ml / 1/4 sudu teh garam
175 g / 1 cup chocolate chips
50 g / 1/3 cup walnut, chopped..
Cara cara untuk menyediakannya:
- Panaskan ketuhar kepada 180 darjah celcius. Sapukan sedikit minyak atau butter di atas baking sheets atau tempat pembakar. Menggunakan pengadun elektrik (electric mixer), campurkan mentega dan kedua dua gula bersama sama hingga kembang.
- Dalam bekas yang lain, campurkan telur dan esen vanilla dan baru masukkan ke dalam campuran mentega secara beransur- ansur. Tapiskan tepung gandum, serbuk penaik dan garam ke dalam campuran mentega dan gaul rata. Masukkan chocolate chip dan walnut and gaul sampai rata.
- Cetak dalam apa size yang anda mahu tetapi jangan terlalu besar. Gunakan sudu dan jarakkan 5cm. Bakar cookies dalam masa 10 hingga 15 minit atau bila da nampak 'golden brown' sedikit.
Selamat Mencuba!!
Nota: kalau menggunakan cawan untuk menimbang, gunakan cawan yang sama untuk resipi ini. Ada cawan menimbang yang untuk liquid and dry in one.
Best Hotels in Vegas - MapyRO
ReplyDeleteBest Hotels Near Harrah's Las Vegas · Best Hotels in Vegas · Top 10 Best Hotels in Las 춘천 출장마사지 Vegas · 전라북도 출장안마 Best 고양 출장마사지 hotels in Las 안동 출장마사지 Vegas · 문경 출장안마 Best hotels in Las Vegas