Sambal Goreng Pengantin
Resepi dari buku resepi Rampairasa Selatan dari Puan Asiah Samsudin
Saya tidak mengunakan udang, hati lembu dan serbuk perasa dalam 'version' saya kerana saya tidak berapa suka rasa dia. Tapi 'you guys' boleh bubuh udang dan hati lembu sepertimana tertulis dalam resepi yang asli tersebut. Selamat mencuba!!
Nota: Buku resepi ni, saya simpan macam berlian pasal susah nak cari buku vintage. Terima Kasih Arwah Mak Mentua saya..
Resipi berikut:
300g daging lembu
250g hati lembu
300g udang yang sedang
500g bawang merah (dihiris)
10 ulas bawang putih (dihiris)
20 tangkai cili kering - digunting halus dan buang biji
15 biji cili merah - dihiris halus
10 cm belacan dan 50 gram asam jawa - diramas dengan 1 1/2 cawan air
2 biji kelapa - diambil 500 ml santan
1 batang serai (dititik)
2 cm lengkuas ( dititik)
4 camca besar gula pasir
1/4 camca teh serbuk perasa
1 botol (1kg) minyak masak
garam secukup rasa
- Rebus daging hingga empuk dan potong dadu kecil
- Potongdadu kecil hati, buang kulit udang dan bersihkan.
- Panaskan minyak, goreng bawang hingga kuning dan angkat. Kemudian goreng bawang putih hingga kuning dan angkat. Goreng hati, daging dan udang berasingan hingga masak dan angkat.
- Panaskan 1/4 cawan minyak baki menggorengkan tadi dan masukkan santan, air asam dan belacan serta garam. Biarkan mendidih hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan semua bahan yang digoreng tadi, berseta cii kering, cili merah dan sebahagian bawang goreng.
- Kacau hingga rata dan masukkan gula. Biarkan selama 10 minit, apabila telah cukup pekat dan agak kering barulah dimatikan api. Masukkan bawang goreng yang selebihnya tadi dan kacau rata.
Masa penyediaan : 35 minit
Masa memasak: 1 jam
Hidangan: 10 orang
No comments:
Post a Comment